Your Title Goes Here
TUTONG, Ahad, 15 Februari 2026 – Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Danau anjuran Majlis Perundingan Kampung Danau telah diadakan dengan penyertaan aktif masyarakat setempat.
Kempen berkenaan turut disertai oleh Ketua Kampung Danau, penduduk-penduduk kampung serta waris-waris, yang bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan bagi memastikan persekitarannya sentiasa terpelihara, kemas dan teratur. Aktiviti ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan serta kesucian kawasan perkuburan.
Usaha seumpama ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai amalan kemasyarakatan yang bermanfaat dan berterusan.
Gambar daripada Awang Haji Mahmud bin Haji Johari, Ketua Kampung Danau.