Your Title Goes Here
TUTONG, Ahad, 15 Februari 2026 – Kempen Kebersihan Tanah Perkuburan Orang Islam anjuran bersama Majlis Perundingan Kampung Bukit Panggal dan Majlis Perundingan Kampung Luagan Dudok serta Majlis Takmir Masjid Ar-Rahim Kampung Bukit Panggal telah diadakan di Jalan Paya Besar, Kampung Bukit Panggal, Tutong.
Kempen tersebut bertujuan membersihkan kawasan tanah perkuburan daripada semak-samun, rumput liar dan sampah sarap bagi memastikan persekitarannya sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan terpelihara. Di samping itu, ia juga menjadi wadah untuk memupuk semangat kerjasama, memperkukuhkan hubungan silaturrahim serta menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk kampung terhadap penjagaan kemudahan awam dan kawasan perkuburan Islam.
Program seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berkala sebagai usaha berterusan dalam mengekalkan kebersihan dan keharmonian persekitaran kampung.
Gambar daripada Awang Mohammed Dandarawi bin Haji Awang Nasar, Ketua Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok.