Your Title Goes Here
TUTONG, Ahad 15 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran Masjid Kampung Bukit Udal sempena Bulan Ramadhan 1447H/2026M telah diadakan di Masjid Kampung Bukit Udal.
Majlis ini disertai oleh seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada lelaki, perempuan, belia dan beliawanis kampung Bukit Udal Tutong.
Majlis berkenaan diadakan sebagai salah satu pengisian program keagamaan sepanjang bulan Ramadhan bagi menggalakkan masyarakat kampung untuk memperbanyakkan membaca serta menghayati Al-Quran di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Awang Haji Masri bin Haji Abdullah, Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar, Daerah Tutong. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran.
Majlis juga diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan, iaitu seramai 13 orang fakir miskin dan 11 orang anak yatim dari Kampung Bukit Udal, Tutong.
Majlis berakhir dengan suasana penuh keberkatan dan diharap akan terus menjadi aktiviti tahunan bagi memupuk kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan masyarakat kampung.