Your Title Goes Here
TUTONG, Khamis, 12 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadhan bagi Tahun 1447H/2026M telah diadakan dengan penyertaan seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta belia dari Kampung Penabai dan Kampung Kuala Tutong.
Majlis tersebut merupakan salah satu pengisian program keagamaan sepanjang bulan Ramadhan yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat kampung agar memperbanyakkan membaca, memahami serta menghayati isi kandungan Al-Quran di samping menyemarakkan lagi suasana ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Awang Haji Salim bin Haji Othman, Penghulu Mukim Pekan Tutong yang seterusnya menyampaikan penghargaan kepada para peserta yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran.
Majlis tersebut juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan penduduk kampung serta memupuk semangat kebersamaan dalam melaksanakan aktiviti keagamaan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada semua yang hadir serta agar amalan yang dilaksanakan mendapat rahmat dan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.