Your Title Goes Here
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 16 Julai 2026 – Majlis Pelancaran Buku Terbaharu Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diadakan Pentas Kegiatan Pesta Buku Brunei 2026, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri,Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Pada majlis tersebut, beliau seterusnya menyempurnakan pelancaran buku-buku terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta menyampaikan Dokumen Perjanjian kepada para penulis.
Majlis berkenaan diadakan bagi memperkenalkan buku-buku terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kepada orang ramai, di samping mengiktiraf sumbangan para penulis dalam memperkaya khazanah persuratan negara. Penganjuran majlis tersebut juga merupakan antara usaha berterusan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membudayakan amalan membaca, menyemarakkan kegiatan penulisan serta memperkukuh perkembangan bahasa dan sastera Melayu di Negara Brunei Darussalam.
Diharapkan penerbitan buku-buku baharu ini akan terus menyokong perkembangan ilmu pengetahuan, memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat serta menggalakkan penghasilan lebih banyak karya bermutu yang mampu menyumbang kepada pembangunan bahasa, sastera dan warisan intelektual negara.