gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Khamis 2 April 2026 – Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Bagi Tahun 2026 telah diadakan pada hari Khamis, 13 haribulan Syawal 1447 Hijrah bersamaan 02 haribulan April 2026 Masihi bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis Khatam Al-Quran 80 Kali Khatam ini diadakan adalah sebagai menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk Negara ini kepada Allah Subhanahu Wata’ala di atas limpah rahmat dan nikmatNya jua menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera, di samping memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dilanjutkan usia, sihat wal’afiat serta mendapat Taufiq dan hidayah serta inayah daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan danYang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Bagi Tahun 2026,Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung,Pemangku-Pemangku Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli MajlisPerundingan Mukim dan Kampung serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Jabatan-Jabatan Daerah, Pegawai-Pegawai Hal Ehwal Masjid, ahli-ahli Takmir Masjid dan anak-anak buah kampung.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari Juz Pertama oleh peserta-peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi di Daerah Tutong mengikut kategori dewasa lelaki, dewasa wanita,belia dan beliawanis (berumur 13 tahun hingga 20 tahun) yang terpilih dan mewakili mukim dan kampung termasuk penuntut-penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Arab dan Skim Tilawah Al Quran remaja dan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili Sekolah-Sekolah Arab, Sekolah-Sekolah Ugama dan Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun serta penuntut-penuntut sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.