gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, AHAD, 23 OGOS 2026 – Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus, Mukim Kiudang telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Sekolah Rendah Batang Mitus, Mukim Kiudang, Daerah Tutong menggunakan kaedah kertas undi.

Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah pun bermula pada hari Jumaat, 21 Ogos 2026.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohd Ahwazul Aqil bin Abd Rahman, Pemangku Bilal Masjid Pg Muda ‘Abdul Wakeel Kiudang, Mukim Kiudang.

Calon Tunggal yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus ialah Awang Muhammad Izzat bin Dato Paduka Haji Mohd Aziyan, berusia 34 tahun pada tarikh pencalonan.

Seramai 226 orang penduduk kampung yang hadir mengundi daripada seramai 259 orang yang berdaftar dan layak mengundi calon untuk mengisi jawatan Ketua Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus. Yangmana 61 orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 165 orang menggunakan kertas undi.

Majlis pengundian dan pemilihan tersebut telah menyaksikan sebanyak 175 undi telah bersetuju. Manakala, 48 undi tidak bersetuju dan 03 dikategorikan sebagai undi rosak.

Turut hadir Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong selaku Pengerusi Majlis, Pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Pemangku-Pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Kiudang beserta penduduk kampung.

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.