gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Sabtu 7 Mac 2026 – Majlis Penyerahan Derma bagi Bantuan Mangsa Tanah Susur di Kampung Ukong dan Kampung Bukit Udal telah diadakan di Dewan Serbaguna PSJD Kampung Bukit Udal, Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub, Ahli Majlis Mesyuarat Negara merangkap Penghulu Mukim Ukong, yang seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada para penerima yang terjejas akibat kejadian tanah susur.

Seramai 10 orang penerima telah menerima sumbangan tersebut, yang terdiri daripada 7 orang penduduk Kampung Ukong dan 3 orang penduduk Kampung Bukit Udal. Sumbangan berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban para penerima dalam menghadapi kesan kejadian tanah susur yang menjejaskan kediaman serta kehidupan harian mereka.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Tanjong Maya, Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar, Ketua Kampung Ukong serta para penduduk kampung di kawasan sekitarnya yang sama-sama memberikan sokongan dan semangat kepada keluarga-keluarga yang terjejas.

Majlis ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada penduduk yang terjejas, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta semangat kerjasama antara pemimpin masyarakat dan penduduk kampung dalam menghadapi sebarang cabaran atau musibah yang berlaku di kawasan mereka.

Gambar Ihsan daripada : Jabatan Penerangan