gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Sabtu, 23 Mei 2026 – Majlis Perasmian Minggu Warisan dan Klasik DaerahTutong anjuran bersama Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Daerah Tutong dan BadanKemajuan dan Kreatif Daerah Tutong dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong, Tutong Buzz, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bombadan Penyelamat, Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi, Radio Televisyen Brunei,Jabatan Penerangan dan Sukarelawan Daerah Tutong telah berlangsung di hadapan bangunan Mahkamah Lama, Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, yang seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian acara tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia, Awang Haji Sahran bin Haji Mohd Safar, Ketua Imam Masjid Kampung Kupang, Tutong.Dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Yang Mulia Pengiran Mahdini bin Pengiran Haji Ali, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong.

Minggu Warisan dan Klasik Daerah Tutong merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memartabatkan warisan budaya serta elemen klasik yang menarik minat para penggemar barangan antik dan klasik di Daerah Tutong. Acara ini menampilkan keunikan tradisi tempatan melalui pelbagai pengisian yang merangkumi pameran barangan lama dan klasik seperti perhiasan tradisional, peralatan rumah lama,peralatan muzik tradisional, jam antik, alat mesin klasik serta pelbagai artifak bersejarah yang mencerminkan nilai sejarah dan warisan masyarakat setempat.

Selaras dengan matlamat penganjurannya, acara ini akan mengetengahkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat termasuk penggiat seni, usahawan tempatan dan komuniti kampung dalam usaha menghidupkan semula warisan lama agar terus relevan dan dihargai oleh generasi masa kini.

Acara ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada 23 hingga 24 Mei 2026 bertempat di kawasan Tutong Culture Street, sebuah lokasi strategik yang berpotensi untuk terus dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berteraskan budaya di Pekan Tutong.Seramai 12 orang individu telah berpeluang untuk mempamerkan koleksi barang antik di acara ini.

Acara sampingan juga diadakan seperti Tutong Buzz yang telah bermula pada hari Khamis, 21 Mei 2026 sehingga Hari Ahad, 24 Mei 2026 bermula jam 2.00 petang hingga 10.00 malam. Acara turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian pada Hari Sabtu, 23 Mei 2026 bermula jam 2 petang hingga 5.00 petang dan pada hari Ahad, 24 Mei 2026 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Minggu Warisan dan Klasik dianjurkan dengan matlamat untuk memelihara serta mengangkat warisan budaya dan koleksi klasik agar terus dihargai dan tidak luput ditelan zaman. Acara ini turut berperanan sebagai platform kepada para penggemar dan pengumpul untuk mempamerkan koleksi antik dan klasik mereka kepada orangramai. Di samping itu, penganjuran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya dalam kalangan generasi muda, mengenai nilai sejarah serta kepentingan memelihara warisan lama.

Selain itu, program ini juga menggalakkan penglibatan aktif komuniti tempatan dalam pelbagai aktiviti berteraskan budaya dan warisan. Penganjuran Minggu Warisan dan Klasik diharap dapat menghidupkan suasana Pekan Tutong sebagai pusat aktiviti kebudayaan dan pelancongan, di samping menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan melalui penyertaan peniaga serta usahawan kecil. Secara keseluruhannya, acara ini berperanan sebagai wadah untuk mewujudkan ruang interaksi sosial dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti yang berunsurkan warisan dan klasik.

Turut hadir di acara tersebut ialah Yang Mulia, Awang Mohammad Adi Asnawi bin Haji Awang Adanan, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali, Ketua Pegawai Eksekutif Badan Kemajuan Kreatif Daerah Tutong, Ketua-Ketua Kampung serta Ahli Jawatankuasa yang terlibat.