Your Title Goes Here
TUTONG, SABTU, 18 APRIL 2026 – Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong (PAKATAN) mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri persatuan berkenaan bagi tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang berlangsung di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, Sungai Basong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri.
Yang Dipertua PAKATAN, Awang Haji Aminorashid bin Haji Ghazali dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa walaupun di sebalik kesibukan dan di tengah usia warga emas serta kesihatan para ahli PAKATAN, namun mereka memilih juga untuk hadir ke majlis berkenaan dan bermaafan di hari yang penuh meriah itu.
Majlis berkenaan diserikan lagi dengan beberapa persembahan nyanyian dan pantun ria raya serta cabutan nama bertuah dalam kalangan para ahli yang hadir.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian Derma Tabung Anak-anak Yatim Daerah Tutong yang disempurnakan oleh Yang Dipertua PAKATAN dan diserahkan kepada tetamu kehormat majlis.
Antara lain tujuan majlis diadakan adalah bagi mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PAKATAN.