Your Title Goes Here
TUTONG, Selasa, 28 Julai 2026 – Mesyuarat bagi membincangkan persiapan Pesta Perayaan Pekan Tutong 2026 telah diadakan di Tingkat 4, Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Jabatan Daerah Tutong.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Mesyuarat ini antara lain membincangkan mengenai pelaksanaan program dan aktiviti yang akan diadakan sepanjang pesta, penglibatan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, serta persiapan logistik bagi memastikan kelancaran acara tersebut.