Your Title Goes Here
TUTONG, Khamis, 3 September 2026 – Sesi muzakarah berhubung isu anjing liar di Daerah Tutong telahpun diadakan di Bilik Gerakan, Daerah Polis Tutong.
Sesi muzakarah tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia SUPT. Haji Irham bin Haji Muhd Arshad, Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong dan Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Tutong.
Turut hadir adalah pegawai-pegawai Polis Daerah Tutong serta wakil-wakil daripada jabatan dan agensi yang berkenaan.
Sesi muzakarah berkenaan adapun diadakan untuk mengongsikan bersama status tindakan menangani isu anjing liar dan cabaran yang dihadapi oleh pelbagai agensi. Perkara-perkara yang dibincangkan termasuk kawasan-kawasan ‘hotspot’ dan peningkatan jumlah anjing liar.
Selain itu, sesi tersebut turut meneliti peranan dan bidang kuasa setiap jabatan dan agensi yang berkaitan, di samping membincangkan aspek keselamatan, kebersihan dan kebajikan haiwan.
Langkah-langkah pencegahan serta tindakan susulan secara bersepadu akan diperkukuhkan lagi bagi menangani isu-isu ini di Daerah Tutong secara lebih berkesan dan menyeluruh.