Your Title Goes Here
TUTONG, Khamis 12 Mac 2026 – Penyampaian Derma Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong daripada Persatuan Kebajikan Masyarakat Tionghua telah diadakan di Tingkat 4, Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Jabatan Daerah Tutong.
Hadir bagi menerima derma berkenaan ialah Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Penolong Pegawai Daerah Tutong.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan Persatuan Kebajikan Masyarakat Tionghua terhadap kebajikan anak-anak yatim di Daerah Tutong. Sumbangan yang disalurkan melalui tabung berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban serta memenuhi keperluan harian para penerima.
Selain itu, inisiatif seumpama ini juga mencerminkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan komuniti setempat. Sumbangan tersebut diharap akan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk semangat kemasyarakatan serta sikap saling bantu-membantu, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan di Daerah Tutong.