Your Title Goes Here
TUTONG, AHAD, 30 OGOS 2026 – Perlawanan Rentas Desa Pasukan-Pasukan Beruniform dan Pasukan Sukarelawan Institusi Pendidikan Sekolah-Sekolah Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Senegara Tahun 2026 telah diadakan di Pantai Seri Kenangan, Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang perlawanan tersebut.
Perlawanan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif dalam kegiatan riadah dan kesukanan, malah diharap dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin dan setiakawan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pasukan-pasukan beruniform dan pasukan sukarelawan institusi pendidikan di negara ini.