Your Title Goes Here
TUTONG, Ahad, 11 Oktober 2026 – Biro Kawalan Narkotik telah menganjurkan Recovery Cup 2026 sempena sambutan Hari Pemulihan Antarabangsa yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Zalani bin Haji Ismail, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Biro Kawalan Narkotik.
Kejohanan tersebut disertai oleh lapan buah pasukan, termasuk pasukan Jabatan Daerah Tutong yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.
Penyertaan tersebut mencerminkan sokongan Jabatan Daerah Tutong terhadap aktiviti kesukanan yang dapat menggalakkan amalan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.
Penganjuran Recovery Cup 2026 juga diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemulihan serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti yang sihat dan positif sempena sambutan Hari Pemulihan Antarabangsa.