Your Title Goes Here
TUTONG, Jumaat, 27 November 2026 – Ahli Majlis Perundingan Mukim (MPM) Telisai telah mengadakan Kempen Kebersihan di sepanjang bahu jalan menuju ke Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) hingga ke penghujung jalan berkenaan.
Turut hadir ialah Ketua-Ketua Kampung Telisai dan Bukit Beruang, Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2 serta beberapa orang penduduk kampung yang sama-sama menyertai aktiviti tersebut.
Kempen ini merupakan salah satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan persekitaran, di samping memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memastikan kebersihan alam sekitar sentiasa terpelihara.
Melalui pelaksanaan aktiviti seumpama ini, diharap akan dapat menggalakkan penglibatan berterusan masyarakat setempat dalam usaha mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan selesa untuk kesejahteraan bersama.