Your Title Goes Here
TUTONG, SELASA, 29 SEPTEMBER 2026 – Bersempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-33, Jabatan Perdana Menteri menganjurkan Majlis Kesyukuran, diisikan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin serta Membaca Doa Khas yang diadakan secara serentak di masjid-masjid utama di setiap daerah.
Bagi Daerah Tutong, masjid tumpuan adalah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, yang dihadiri oleh Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Terdahulu majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan bacaan Doa Khas HPA yang dibacakan oleh Imam Tingkat 1, Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Awang Mohd. Waiz bin Tajudin.
HPA disambut sebagai wadah tahunan untuk menghargai, mengiktiraf dan meraikan jasa serta sumbangan pegawai dan kakitangan kerajaan dalam pembangunan negara.