Your Title Goes Here
TUTONG, Sabtu, 21 November 2026 – Program Penyiangan dan Pembersihan anjuran Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Ugama Tutong, Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi Tutong, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkarai serta MPK Penabai dan Kuala Tutong telah diadakan di Pantai Pengasing, Daerah Tutong.
Program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan penerangan mengenai skop kerja yang akan dilaksanakan bagi memastikan aktiviti berjalan dengan teratur dan selamat.
Seterusnya, para peserta bergerak mengikut zon yang telah ditetapkan untuk melaksanakan aktiviti penyiangan dan pembersihan di sekitar kawasan Pantai Pengasing. Aktiviti tersebut merangkumi kerja-kerja mengumpul sisa buangan dan membersihkan kawasan pantai bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, teratur dan terpelihara.
Program seumpama ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar serta memupuk semangat kerjasama dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.